KATA
PENGANTAR
Dengan
menyebut nama Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Panyayang, Kami panjatkan
puja dan puji syukur atas kehadirat-Nya, yang telah melimpahkan rahmat,
hidayah, dan inayah-Nya kepada kami, sehingga kami dapat menyelesaikan makalah
ilmiah tentang “TQN SURYALAYA”
Makalah ilmiah ini telah kami susun dengan
maksimal dan mendapatkan bantuan dari berbagai pihak sehingga dapat
memperlancar pembuatan makalah ini. Untuk itu kami menyampaikan banyak terima
kasih kepada semua pihak yang telah berkontribusi dalam pembuatan makalah ini.
Terlepas dari semua
itu, Kami menyadari sepenuhnya bahwa masih ada kekurangan baik dari segi
susunan kalimat maupun tata bahasanya. Oleh karena itu dengan tangan terbuka
kami menerima segala saran dan kritik dari pembaca agar kami dapat memperbaiki
makalah ilmiah ini.
Akhir kata kami
berharap semoga makalah ilmiah tentang “TQN
SURYALAYA” ini dapat memberikan manfaat maupun inpirasi terhadap pembaca.
Tasikmalaya, 24 November 2016
Penulis
MAKALAH
TQN SURYALAYA

DISUSUN OLEH :
AIP SALIM
ANGGI FITRIANI
KHOLIS NURJAMAN
XII AKOMODASI PERHOTELAN
SMK PLUS YSB
SURYALAYA
TASIKMALAYA
2016
BAB I
PENDAHULUAN
A.
Latar belakang
Menilik
dari awal kelahiran sampai mencapai tarap kematangannya seperti sekarang, Tarekat Qodiriyyah Naqsabandiyyah (TQN),
telah menempuh rentang waktu yang sangat panjang. Adalah Syaikh Ahmad Khatib
Sambas, seorang ulama Nusantara yang sangat berpengaruh di Makkah, yang telah
mengintegrasikan dua tradisi tarekat besar; Qodiriyyah dengan Naqsabandiyyah
dalam bentuk TQN seperti yang kita kenal pada abad ke-21 sekarang ini. Menurut
Dhofier, TQN yang menjadi tarekat terbesar di Jawa, memang didirikan oleh
Syaikh Ahmad Khatib Sambas, yang melalui rujukannya pada orientalis Snouck
Hourgrounje, dipandang sebagai tokoh tarekat Qodiriyyah yang berpusat di Makkah
pada abad ke-19 Masehi.[1] Murid-muridnyalah yang berasal dari Jawa serta
Madura, telah menyebarkan ajaran dari syaikh besar hingga memiliki berjuta-juta
pengikut sekarang ini dengan penyebaran yang kian meluas baik di dalam maupun
di luar negeri.
Akan halnya integrasi antara
Qodiriyyah dengan Naqsabandiyyah, dinisbatkan pada dua nama pendiri tarekat
yang sudah sangat dikenal luas di Dunia Islam, yaitu Syaikh Abd al-Qodir al-Jailaniy dengan Syaikh
Baha’uddin al-Naqsyabandi al-Bukhary. Tarekat Qodiriyyah didirikan oleh Syaikh
Abd al-Qodir al-Jailaniy (wafat 561 H./1166 M.) dan tarekat Naqsyabandiyyah
didirikan oleh Syaikh Baha’uddin al-Naqsyabandy al-Bukhary (wafat 791 H./1389
M.).[2] Kedua tarekat, kemudian menyebar secara luas ke seluruh penjuru dunia
Islam, dengan poros penyebarannya di Kota Makkah Jazirah Arabia, kota suci umat
Islam. Rupanya dari sinilah pangkal integrasi oleh Syaikh Ahmad Khatib Sambas
yang juga sudah memberikan sumbangan sangat berharga dari seorang ulama
Nusantara yang berasal dari Kota Sambas Kalimantan Barat, terhadap perkembangan
tarekat di Dunia Islam.
Adapun keberadaan Pondok Pesantren
Suryalaya sampai menginjak usia 105 tahun pada tahun 2010, didirikan oleh
Syaikh Abdullah Mubarak ibn Nur Muhammad pada tanggal 7 Rajab 1323 H. (5
September 1905 M.). Beliau, pigur kharismatik itu, menerima TQN dari Gurunya,
Syaikh Ahmad Tholhah di Cirebon, seorang murid terpilih dari Syaikh Ahmad
Khatib Sambas di Makkah. Setelah uzur, pada tahun 50-an, Syaikh Abdullah
Mubarak ibn Nur Muhammad menyerahkan tongkat kepemimpinan Pondok Pesantren
Suryalaya, kepada Putra Beliau, Syaikh Ahmad Sahibulwafa Tajul Arifin (sangat
terkenal dengan sebutan: Abah Anom), Mursyid TQN sekaligus pemimpin pesantren
Suryalaya dewasa ini.
BAB II
PEMBAHASAN
A. Pengertian TQN
Thoreqat Qodiriah Naqsyabandiah adalah thoreqat yang mutabar antara
ratusan thoreqat yang dianuti oleh umat islam di seluruh dunia. Thoreqat
Qodiriah Naqsyabandiah adalah gabungan 2 thoreqat terbesar yaitu Thoreqat
Qodiriah yang dibawa oleh Syeikh Abdul Qodir Jailani dan Thoreqat Naqsyabandiah
yang dibawa oleh Syeikh Mohd Nuruddin Bahauddin An-Naqsyabandi.
Thoreqat-thoreqat tersebut telah digabungkan oleh Syeikh Ahmad Khatib
As-Syambasi Ibn Abdul Gaffar, seorang Ulama Nusantara yang terkenal pada
zamannya yang bermukim di Mekah dan menjadi Mursyid kepada Thoreqat Qodiriah di
Mekah pada awal abad ke 13 hijrah jadilah Namanya Thoreqat Qidiriah wa
Naqsyabandiah dan berkembang di negeri-negeri nusantara. Syeikh Thalhah
kalisapu cerebon adalah salah seorang murid kepada Syeikh Ahmad Khatib As-Syambas
dan dikenali sebagai tokoh thoreqat yang prominen dengan karamah beliau selain
Syeikh Abdul Karim Banten dan Syeikh Khalil madura, semasa belajar di Mekah dan
Syeikh Thalhah telah diangkat sebagai Mursyid dan mengembangkan ajaran daripada
thoreqat anutannya di Cerebon, Jawa Barat Indonesia. Syeikh Abdullah Mubarak
Bin Nur Muhammad (Abah Sepuh) telah mengambil talqin Thoreqat Qodiriah
Naqsyabandiah daripada Syeikh Thalhah dan menjadi murid beliau dan kemudian
diangkat sebagai Mursyid Thoreqat Qodiriah Naqsyabandiah yang kemudiannya
mengembangkan ajaran ini di Pondok Pesantren Suryalaya, Jawa Barat, Indonesia
yang ada sekarang.Syeikh Abdullah Mubarak
Pondok Pesantren Suryalaya telah didirikan oleh pengasasnya Syeikh
Abdullah Mubarak Bin Nur Muhammad (Abah Sepuh) pada tanggal 5 September 1905
masehi dengan restu Gurunya Syeikh Thalhah menjadikannya sebagai Pusat
Pegembangan Thoreqat Qodiriah Naqsyabandiah di nusantara sehinggalah beliau
wafat pada tahun 1956 dan disemayamkan di Kejambaran Rahmaniah Puncak
Suryalaya. KH Ahmad Sohibulwafa Tajul Arifin (Abah Anom) adalah anak kepada
Abah Sepuh dan penerus kepada pimpinan Pondok Pesantren Suryalaya juga
berkapasiti sebagai Mursyid Thoreqat Qodiriah Naqsyabandiah satelah wafatnya
Ayah beliau Abah Sepuh. Dan di bawah pimpinan Abah Anom, Pondok Pesantren
Suryalaya telah berkembang maju merentasi seluruh pelusuk Jawa dan Indonesia
saterusnya Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak), Singapura, Brunei bah ke
seluruh dunia.
Dalam rangka pengembangan dan penyebarluasan ajaran Thoreqat Qodiriah
Maqsyabandiah, Abah Anom sebagai Syeikh Mursyidnya melantik Wakil-Wakil Talqin
yang berperanan sebagai wakil mursyid memberikan tunjuk ajar dan bimbingan
amaliah kepada ikhwan-ikhwan yang mengambil dan mengamalkan ajaran thoreqat
ini. Di Malaysia wakil-wakil talqin yang telah ditauliahkan oleh Syeikh Mursyid
Abah Anom antaranya ialah Yabhg. Tun Haji Sakaran Dandai yang juga dalam
kesepakatan para ikhwan telah melantik beliau sebagai Penasihat Agung TQN
Pondok Pesantren Suryalaya di Malaysia, selain beliau Ym. Ustaz Haji Mohd Zuki
As-Sujak bin Shafie di Kedah, Ym. Prof. Dr. Haji Abdul Manan Al-Marbawi Bin
Haji Muhammad di Terengganu, Ym. Ustaz Haji Saifuddin Al-Hafiz Bin Haji Maulup
di Negeri Sembilan, Ym. Ustaz Haji Mansor Salleh di Semporna, Sabah dan Ym.
Ustaz Haji Abdul Manaf Bin Abidallah di Tawau, Sabah. KHA Sohibulwafa Tajul
Arifin
Inabah adalah dampak daripada karamahnya Syeikh Mursyid KHA Sohibulwafa
Tajul Arifin (Abah Anom). Inabah ialah institusi rohani pusat rehibilitasi para
korban penagihan zat-zat adiktif seperti dadah dan sejenisnya, melalui
Institusi Inabah ini puluhun ribu remaja yang menjadi korban narkoba telah
dipulihkan dalam ertikata lain Institusi Inabah telah berhasil dalam misinya ”
memanusiakan manusia “ melalui kaedah sufi dengan pengamalan dzikirullah,
dzikir jahar dan dzikir khofi sebagai ubat kepada kawalahan manusia menurut
methode atau kaedah dari ajaran Thoreqat Qodiriah Naqsyabandiah. Di Malaysia
terdapat 3 buah Inabah yang lebih dikenali sebagai Pondok Remaja inabah. Pondok
Remaja Inabah Malaysia 1 di Jabal Suf, Kuala Nerang, Kedah dipimpin dan
dikendalikan oleh Ym. Ustaz Haji Mohd Zuki As-Sujak Bin Shafie, Wakil Talqin
TQN di Malaysia, Pondok Remaja Inabah Malaysia 2 di Kuala terengganu yang
dikendalikan Ustaz Haji Osman Abdul Jalil (allahyarham) dan Pondok Remaja 3
Inabah Kamal Semporna yang dikendalikan oleh Yayasan Sabdi (Yayasan Tun Haji
Sakaran Dandai) dan diawasi sepenuh masa oleh Ym. Ustaz Haji Ady Borhansyah Bin
Mokhtar disamping bantuan Wakil-Wakil Talqin TQN di Malaysia dari semasa ke
semasa.Ustaz Hj Mohd Said al-attas
Thoreqat Qodiriah Naqsyabandiah mula dikenali dan diikuti di Daerah
Semporna sejak awal tahun 1978, satelah kunjungan Yabhg. Tun Sakaran Dandai
bersama Ustaz Haji Mohd Said Al-Attas (allahyarham) ke Suryalaya bersilaturahmi
dan berguru dengan KHA Sohibulwafa Tajul Arifin dan setahun kemudiannya Ustaz
Haji Mohd Said Al-Attas telah ditauliahkan sebagai Wakil Talqin bersama-sama
Ustaz Haji Mohd Trang Isa dari Sarawak dan Ustaz Haji Osman Abdul Jalil
(allahyarham) dari Terengganu. Ustaz Haji Mohd Said adalah seorang Guru Agama
yang berasal dari Nilai Negeri Sembilan dan Guru Agama yang membuka Madrasah
Islamiah pertama di Semporna pada tahun 1963 dengan ihsan Yabhg. Tun Sakaran Dandai
ketika itu menjawat Ketua Daerah dan semenjak itu karib kepada Tun Sakaran.
Dakwah Ustaz Tua sebagaimana masyarakat di Daerah Semporna mengenali beliau,
tidak terhad di daerah Semporna bahkan sampai ke daerah-daerah lain di Negeri
Sabah seperti Labuan, Kunak, Tawau. Sandakan dan Tambunan. Pada masa beliau
menjadi Wakil Talqin sering berkunjung ke Inabah Kedah dan membantu Ustaz Haji
Mohd Zuki sebelum beliau diangkat menjadi Wakil Talqin dan kesempatan ini telah
memboleh Ustaz Haji Mohd Said berdakwah ke seluruh semenanjung Malaysia bahkan
sampai ke daerah-daerah Wilayah Pattani di Negera Thailand.
B.
Asas dan
tujuan Thoriqah Qodiriah wa Naqsyabandiah
إِلَـهِيْ اَنْتَ مَقْصًودِيْ وَرِضَاكَ مَطْلًـوبِيْ اَعْـطِنِي
مَحَبَّتـَكَ وَمَعْرِفَتَـكَ
maksud dari doa itu tadi:
” Ya Tuhanku hanya engkaulah yang ku maksud, dan keredhaanMu yang ku
cari, berikan kepada ku kemampuan untuk mencintaiMu dan Maakrifat kepadaMu “.
Doa tersebut mengandungi 3 elemen:
1. Taqarrub terhadap Allah SWT:
ialah mendekatkan diri kepada Allah dengan jalan ubudiyah, yang mana
dalam hal ini dapat dikatakan tidak ada sesuatunya pun yang menjadi tirai
penghalang antara abid dan ma bud , antara khaliq dan mahluk.
2. Menuju Jalan Mardhaatillah:
ialah menuju jalan yang diredhai Allah SWT baik dalam ubudiyah mahupu
luar ubudiyah alhasil dalam segala gerak geri manusia, diwajibkan mengikuti dan
mentaati perintah-perintah Tuhan dan menjauhi serta meninggalkan
larangan-laranganNya.
3. Kemahabbahan dan Kemakrifatan terhadap Allah SWT:
artinya: Rasa cinta dengan terang makrifat terhadap Allah ” Dzat Laisaka
mithlihi syai`un ” , yang mana dalam mahabbah itu terkandung keteguhan jiwa dan
kejujuran hati. Kalau telah tumbuh mahabbah timbullah rupa-rupa hikmah, di
antaranya membiasakan diri dengan selurus-lurusnya dalam hak dzohir bathin, dan
dapat pula mewujudkan ” keadilan “, yakni dapat menetapkan sesuatu dalam haknya
dengan sebenar-benarnya. Pancaran daripada mahabbah datang pula belas kasihan
kepada sesama makhluk, diantaranya cinta pada nusa kesegala bangsa berserta
agamanya.
Thoreqah Qodiriyah Naqsyabandiyah ini adalah salah satu jalan yang
ditempuh buat membukakan diri agar tercapai arah tujuan yang tersebut di atas
tadi.
– KHA Sohibulwafa Tajul Arifin.
C.
Kata-Kata
TANBIH
Bismillaahir rahmaanir rahiim.
Tanbih ini dari Syeikhuna Almarhum Syeikh Abdullah Mubarak bin Nur
Muhammad yang bersemayam di Patapan Suryalaya Kejembaran Rahmaniah.
Sabda beliau kepada khususnya segenap murid-murid pria mahupun wanita,
tua mahupun muda,
“ Semoga ada dalam kebahagiaan, dikurniai Allah Subhanahu Wa Ta`ala
kebahagiaan yang kekal dan abadi dan semoga tak akan timbul keretakan dalam
lingkungan kita sekalian.
Pun pula semoga Pimpinan Negara bertembah kemuliaan dan keagungannya
supaya dapat melindungi dan membimbing seluruh rakyat dalam keadaan aman, adil
dan makmur dzohir mahupun bathin.
Pun kami tempat orang bertanya tentang THORIQAT QODIRIAH NAQSYABANDIAH,
mengatur dengan tulus ikhlas Wasiat kepada segenap murid-murid :
Berhati-hatilah dalam segala hal, jangan sampai berbuat yang bertentangan
dengan Peraturan AGAMA mahupun NEGARA.
Taatilah kedua-duanya tadi sepantasnya demikianlah sikap manusia yang
beriman, tegasnya dapat mewujudkan kerelaan terhadap hadirat Ilahi Rabbi yang
membuktikan perintah dalam AGAMA mahupun NEGARA.
Insafilah hai murid-murid sekalian, janganlah terpaut oleh bujukan nafsu,
terpengaruh oleh godaan Syaitan, waspadalah akan jalan penyelewengan terhadap
perintah Agama mahupun Negara, agar dapat meneliti diri, kalau-kalau tertarik
oleh bisikan Iblis yang selalu menyelinap dalam hati sanubari kita semua.
Lebih baik buktikanlah kebajikan yang timbul dari kesucian:
·
Terhadap orang-orang yang lebih tinggi daripada kita, baik dzohir mahupun
bathin, harus kita hormati, begitulah seharusnya hidup rukun, saling harga
menghargai.
·
Terhadap sesama sederajat dengan kita dalam segala-galanya, jangan dampai
terjadi persengketaan, sebaliknya harus bersikap rendah hati, bergotong royong
dalam melaksanakan perintah Agama mahupun Negara, jangan sampai terjadi
perselisihan dan persengketaan, kalau-kalau kita terkena firmanNya ” adzabun
Alim “, yang bererti duka nestapa untuk selama-lamanya dari Dunia sampai
Akhirat (Badan payah hati susah).
·
Terhadap orang-orang yang keadaannya di bawah kita, janganlah hendak
menghinanya atau berbuat tidak senonoh, bersikap angkuh. Sebaliknya harus belas
kasihan dengan kesedaran, agar mereka merasa senang dan gembira hatinya, jangan
sampai merasa takut dan liar, bagaikan tersayat hatinya. Sebaliknya harus
dituntun dibimbing dengan nasihat yang lemah lembut yang akan memberikan
keinsafan dalam menginjak jalan kebajikan.
·
Terhadap fakir miskin, harus kasih sayang, ramah tamah serta bermanis
budi, bersikap murah tangan menceminkan bahawa hati kita sedar. Cuba rasakan
diri kita peribadi, betapa pedihnya jika dalam keadaan kekurangan, oleh kerana
itu janganlah acuh tak acuh, hanya diri sendiri yang senang, kerana mereka jadi
fakir miskin itu bukanlah kehendak sendiri, namun itulah kudrat Tuhan.
Demikianlah sesungguhnya sikap manusia yang penuh kesedaran, meskipun
terhadap orang-orang asing kerana mereka itu masih keturunan Nabi Adam a.s. ,
mengingat ayat 70 surah al-isra yang artinya :
” Sangat kami muliakan keturunan Adam dan Kami sebarkan segala yang
berada di darat dan di lautan, juga kami mengutamakan mereka lebih utama dari
makhluk lainnya “
Kesimpulan dari ayat ini, bahawa kita sekalian seharusnya saling harga
menghargai, jangan timbul kekecewaan, mengingat surah al-maidah yang ertinya :
” Hendaklah tolong menolong dengan sesama dalam melaksanakan kebajikan
dan ketaqwaan dengan sungguh-sungguh terhadap Agama mahupun Negara, sebaliknya
janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan terhadap perintah
Agama mahupun Negara “.
Adapun soal keagamaan, itu terserah agamanya masing-masing, mengingat
Surah al-Kafirun ayat 6 : “ Agamamu untuk kamu, Agamaku untuk Aku “. maksudnya
janganlah terjadi perselisihan, wajiblah kita hidup rukun dan damai, saling
harga menghargai, tetapi janganlah sekali-kali ikut campur.
Cubalah renungkan pepatah leluhur kita : Hendaklah kita bersikap budiman,
tertib dan damai, andaikan tidak demikian, pasti : ” Sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tak berguna “ kerana yang menyebabkan penderitaan diri peribadi
itu adalah akibat dari amal perbuatan diri sendiri.
Dalam Surah an-Nahli ayat 112 diterangkan bahawa : ” Tuhan Yang Maha Esa
telah memberikan beberapa contoh, yakni tempat mahupun kampung, desa mahupun
negara yang dahulunya aman tenteram (gemah rimpah loh jinawi), namun
penduduknya/penghuninya mengengkari nikmat-nikmat Allah, maka lalu
berkecamuklah bencana kelaparan, penderitaan dan ketakutan yang disebabkan
sikap dan perbuatan mereka sendiri “.
Oleh kerana demikian, hendaklah segenap murid-murud bertindak teliti dalam
segala jalan yang ditempuh, guna kebaikan dzohir-bathin, dunia mahupun akhirat,
supaya hati tenteram, jasad nyaman, jangan sekali-kali timbul persengketaan,
tidak lain tujuannya ” Budi Utama_Jasmani Sempurna “ (Cageur-baguer).
Tiada lain amalan kita, Thoriqat Qodiriah Naqsyabandiah, amalkan
sebaik-baiknya guna mencapai segala kebajikan, menjauhi segala kejahatan
dzohir-bathin yang bertalian dengan jasmani mahupun rohani yang selalu
diselimuti bujukan nafsu, digoda oleh perdaya Syaitan.
Wasiat ini harus dilaksanakan dengan saksama oleh segenap murid-murid
agar supaya mencapai keselamatan Dunia dan Akhirat.
Amin.
D. Silsilah
Tarekat Qoodiriyah Naqsyabandiyah Pondok Pesantren Suryalaya
1. Robbul
Arbaabi wa mu’tiqur-qoobi Allah S.W.T.
2. Sayyidunaa Jibril A.S.
3. Sayyidunaa Nabi Muhammad S.A.W
4. Sayyidunaa ‘Alliyyu karrama ‘llohu wajhah. (Sayyidunaa Ali Bin Abi Thalib kw)
5. Sayyidunaa Hussain R.A
6. Sayyidunaa Zainul Aabidinn R.A
7. Sayyidunaa Muhammadul Baaqir R.A
8. Sayyidunaa Ja’farus Shoodiq R.A
9. Sayyidunaa Imam Muusa Alkaadhim R.A
10. Syeikh Abul Hasan ‘Alii bin Muusa R.A
11. Syeikh Ma’ruuful Kurkhi R.A
12. Syeikh Sirris Saqothii R.A
13. Syeikh Abul Qoosim Al-Junaedil Baghdaadii R.A
14. Syeikh Abuu Bakrin Dilfis Syibli R.A
15. Syeikh Abul Fadli Ao’abdul Waahid at Tamiimii R.A
16. Syeikh Abdul Faroj at Thurthuusi R.A
17. Syeikh Abul Hasan ‘Alii bin Yuusuf al Qirsyi al Hakaarii R.A
18. Syeikh Abuu Sa’iid al Mubarok bin ‘Alii al Makhzuumii R.A
19. Syeikh ‘Abdul Qodir Al Jaelanii q.s.
20. Syeikh ‘Abdul ‘Aziiz R.A
21. Syeikh Muhammad Al Hattak R.A
22. Syeikh Syamsuddin R.A
23. Syeikh Syarofuddiin R.A
24. Syeikh Nuuruddiin R.A
25. Syeikh Waliyuddiin R.A
26. Syeikh Hisyaamuddiin R.A
27. Syeikh Yahya R.A
28. Syeikh Abuu Bakrin R.A
29. Syeikh ‘Abdur rohiim R.A
30. Syeikh ‘Utsman R.A
31. Syeikh ‘Abdul Fattah R.A
32. Syeikh Muhammad Murood R.A
33. Syeikh Syamsuddiin R.A
34. Syeikh Ahmad Khootib Syambaasi Ibnu ‘Abdul Ghoffaar R.A
35. Syeikh Thalhah Kali Sapu Cirebon R.A
36. Syeikh Abdullah Mubarok bin Nur Muhammad R.A atau Abah Sepuh Pendiri Pondok Pesantren Suryalaya.
37. Syeikh Ahmad Shohibul Wafa Tajul Arifin R.A. atau Abah Anom Pimpinan Pondok Pesantren Suryalaya.
2. Sayyidunaa Jibril A.S.
3. Sayyidunaa Nabi Muhammad S.A.W
4. Sayyidunaa ‘Alliyyu karrama ‘llohu wajhah. (Sayyidunaa Ali Bin Abi Thalib kw)
5. Sayyidunaa Hussain R.A
6. Sayyidunaa Zainul Aabidinn R.A
7. Sayyidunaa Muhammadul Baaqir R.A
8. Sayyidunaa Ja’farus Shoodiq R.A
9. Sayyidunaa Imam Muusa Alkaadhim R.A
10. Syeikh Abul Hasan ‘Alii bin Muusa R.A
11. Syeikh Ma’ruuful Kurkhi R.A
12. Syeikh Sirris Saqothii R.A
13. Syeikh Abul Qoosim Al-Junaedil Baghdaadii R.A
14. Syeikh Abuu Bakrin Dilfis Syibli R.A
15. Syeikh Abul Fadli Ao’abdul Waahid at Tamiimii R.A
16. Syeikh Abdul Faroj at Thurthuusi R.A
17. Syeikh Abul Hasan ‘Alii bin Yuusuf al Qirsyi al Hakaarii R.A
18. Syeikh Abuu Sa’iid al Mubarok bin ‘Alii al Makhzuumii R.A
19. Syeikh ‘Abdul Qodir Al Jaelanii q.s.
20. Syeikh ‘Abdul ‘Aziiz R.A
21. Syeikh Muhammad Al Hattak R.A
22. Syeikh Syamsuddin R.A
23. Syeikh Syarofuddiin R.A
24. Syeikh Nuuruddiin R.A
25. Syeikh Waliyuddiin R.A
26. Syeikh Hisyaamuddiin R.A
27. Syeikh Yahya R.A
28. Syeikh Abuu Bakrin R.A
29. Syeikh ‘Abdur rohiim R.A
30. Syeikh ‘Utsman R.A
31. Syeikh ‘Abdul Fattah R.A
32. Syeikh Muhammad Murood R.A
33. Syeikh Syamsuddiin R.A
34. Syeikh Ahmad Khootib Syambaasi Ibnu ‘Abdul Ghoffaar R.A
35. Syeikh Thalhah Kali Sapu Cirebon R.A
36. Syeikh Abdullah Mubarok bin Nur Muhammad R.A atau Abah Sepuh Pendiri Pondok Pesantren Suryalaya.
37. Syeikh Ahmad Shohibul Wafa Tajul Arifin R.A. atau Abah Anom Pimpinan Pondok Pesantren Suryalaya.
Patapan
Suryalaya, 13 Februari 1956,
( KHA Sohibul wafa Tajul Arifin )
UNTAIAN MUTIARA :
1. Jangan
benci kepada Ulama yang sezaman.
2. Jangan
menyalahkan kepada pengajaran orang lain.
3. Jangan
memeriksa murid orang lain.
4. Jangan
berubah sikap meskipun disakiti orang.
5. Harus
menyayangi orang yang membenci kepadamu.
BAB III
PENUTUP
A.
Kesimpulan
Thoreqat Qodiriah
Naqsyabandiah adalah thoreqat yang mutabar antara ratusan
thoreqat yang
dianuti oleh umat
islam di seluruh
dunia. Thoreqat QodiriahNaqsyabandiah adalah
gabungan 2 thoreqat
terbesar iaitu Thoreqat
Qodiriah yang dibawa oleh Syeikh
Abdul Qodir Jailani dan Thoreqat Naqsyabandiah yang dibawa oleh Syeikh Mohd Nuruddin Bahauddin
An-Naqsyabandi. Thoreqat-thoreqat
tersebut telah digabungkan
oleh Syeikh Ahmad Khatib
As- Syambasi Ibn Abdul
Gaffar, seorang Ulama Nusantara yang terkenal pada zamannya yang bermukim di Mekah dan menjadi Mursyid
kepada Thoreqat Qodiriah di Mekah pada awal abad ke 13 hijrah jadilah Namanya Thoreqat Qidiriah wa
Naqsyabandiah dan berkembang di
negeri-negeri nusantara. Syeikh Thalhah kalisapu cerebon adalah salah seorang murid kepada Syeikh Ahmad Khatib
As-Syambas dan dikenali sebagai tokoh thoreqat yang prominen dengan karamah beliau selain Syeikh Abdul Karim
Banten dan Syeikh Khalil madura, semasa belajar di
Mekah dan Syeikh Thalhah telah diangkat
sebagai Mursyid dan
mengembangkan ajaran daripada thoreqat anutannya di Cerebon, Jawa Barat Indonesia. Syeikh Abdullah Mubarak
Bin Nur Muhammad (Abah Sepuh) telah
mengambil talqin Thoreqat Qodiriah Naqsyabandiah daripada Syeikh Thalhah dan
menjadi murid
beliau dan kemudian
diangkat sebagai Mursyid
Thoreqat Qodiriah Naqsyabandiah yang kemudiannya mengembangkan
ajaran ini di Pondok Pesantren Suryalaya,
Jawa Barat, Indonesia yang ada sekarang.
DAFTAR PUSTAKA
http://id.wikipedia.org/wiki/Thoriqoh_Qodiriyah_Naqsyabandiyah
https://www.google.com/#q=toriqoh+qodiriyah
http://jalanwali.blogspot.com/2011/10/sekilas-tarekat-qadiriyah-wa.html
No comments:
Post a Comment